Ikuti Kami:

“Sila Mohon Maaf Dengan Segera” – ‘Doctor Cha’ Sekali Lagi Dikritik Dek Babak Ini

“Sila Mohon Maaf Dengan Segera” – ‘Doctor Cha’ Sekali Lagi Dikritik Dek Babak Ini

Pasti ramai yang tengah layan drama “Doctor Cha” sekarang kan?

Terbaru dalam episod 7 “Doctor Cha” yang disiarkan pada 6 Mei, watak yang dibawa oleh Kim Hyun-mok telah dimasukkan ke hospital sebagai pesakit penyakit Crohn iaitu keradangan kronik yang berlaku di sistem penghadaman, dari mulut hingga ke dubur.

Dalam babak itu, ahli keluarga mengadu kepada pesakit tersebut dengan berkata seperti “Bagaimana awak boleh menyembunyikan penyakit itu selama ini?”, “Saya dengar penyakit ini boleh diwarisi” dan lain-lain. Akhirnya, pesakit itu melompat dari atas bumbung selepas menjadi pesismis akibat kenyataan dari keluarganya itu.

Selepas episod itu ditayangkan, pesakit yang menghidap penyakit Crohn dalam dunia sebenar telah membantah adegan tersebut dengan menuntut permohonan maaf dari pihak produksi.

jtbc doctor cha

Antara komen kritik yang ditulis,

Anak saya pergi ke sekolah selepas memberitahu dia mempunyai penyakit ini kepada rakan-rakannya. Adakah awak tahu betapa gementarnya dia ketika pergi ke sekolah selepas babak ini?

 

Penyakit Crohn bukan keturunan..

 

Saya harap mereka memohon maaf. Jika tidak, saya akan mengadu kepada stesen penyiaran.

 

Sila batalkan tayangan dan buat permohonan maaf yang sewajarnya dengan segera.

Tidak lama kemudian, pihak JTBC tambil memberi respon,

Kami sedang berbincang dengan pasukan produksi kerana kami menerima kritikan mengenai adegan menangani penyakit Crohn dalam ‘Doctor Cha’.

Hmm semoga ada tindakan yang sewajarnya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...