Ikuti Kami:

Dikritik Umum Dek Plot ‘Ini’, ‘Doctor Cha’ Terpaksa Sunting Beberapa Babak

Dikritik Umum Dek Plot ‘Ini’, ‘Doctor Cha’ Terpaksa Sunting Beberapa Babak

Mengecapi populariti kini, secara tiba-tiba drama “Doctor Cha” terpalit dengan satu kontroversi tak dijangka.

Dalam episod pertama dan kedua, drama JTBC ini memaparkan kisah mengenai pembedahan pemindahan hati di mana Cha Jung-suk dimasukkan ke hospital kerana akut hepatitis selepas mengambil ubatan di kedai perubatan tradisional yang dibeli oleh ibu mertuanya.

Walaupun skrip ini hanya digunakan untuk memaparkan sebab disebalik motivasi Cha Jung-suk untuk kembali menjadi doktor semula, namun penonton yang menonton babak itu mengatakan bahawa mereka ‘mengecilkan perubatan tradisional tanpa bukti kukuh’.

doctor cha

Kata mereka,

Jadi masalah hati itu disebabkan perubatan tradisional? Siapa yang akan bertanggungejawab terhadap kerosakan yang terpalit pada individu bekerja dalam bidang perubatan itu? Penulis yang hanya percayakan doktor moden membuat kenyataan palsu ini tanpa bukti.

Bukan itu sahaja, Persatuan Perubatan Korea telah menghantar bukti kandungan kepada JTBC dan surat meminta pembetulan informasi dan pengesahan fakta.

Disebabkan itu, saluran berkenaan bertindak memadam babak yang menimbulkan kontroversi itu dan menutup suara ‘perubatan herba’ yang disebut para pelakon. Walaupun pihak produksi mendedahkan bahawa perubatan dalam drama itu bukanlah direka oleh doktor berkelayakan namun ianya tetap tidak dapat meredakan kemarahan awam.

doctor cha

Malah ada doktor perubatan herba yang meluahkan perasaan kesal kerana pihak produksi “Doctor Cha” tidak mendapatkan nasihat profesional sebelum merakam babak berkenaan. Selain pihak mereka turut menjelaskan bahawa ubatan herba adalah selamat untuk digunakan.

Dalam pada itu, drama yang turut bersiaran di Netflix ini sudah pun mencapai rating membanggakan iaitu 13% meskipun baru 6 episod tayangan.

Semua jadi isu..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...