Ikuti Kami:

Sibuk ‘Shooting’ Drama Baru, Park Bogum Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Episod Akhir ‘Itaewon Class’

Sibuk ‘Shooting’ Drama Baru, Park Bogum Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Episod Akhir ‘Itaewon Class’

Semakin hampir ke penghujung drama “Itaewon Class”, semakin berdebar para penonton setia drama popular itu. Dalam episod lepas, dapat dilihat yang Park Saeroy masih lagi dalam misi untuk membalas dendam kepada CEO Jang meskipun lelaki tua itu kini menghidap penyakit kronik.

Bertambah tak senang duduk apabila produser kepada drama ini turut memberi ‘hint’ tentang perubahan dinamik di antara hubungan Sooah dan Geunsoo serta Saeroy dan Yiseo dalam bahagian akhir “Itaewon Class” ini nanti. Tak cukup dengan itu, dikhabarkan pula bahawa pelakon popular iaitu Park Bogum akan tampil sebagai kemunculan istimewa dalam episod akhir drama itu nanti.

park bogum buat kemunculan dalam itaewon class

Satu sumber yang dipercayai juga telah mengesahkan berita gembira ini.

Memang benar Park Bogum akan muncul dalam episod terakhir drama ini. Sila nantikan watak apa yang akan dimainkan olehnya nanti.

Dengar cerita, Park Bogum bersetuju untuk membuat kemunculan sebentar dalam “Itaewon Class” kerana hubungan akrabnya dengan pengarah drama itu, di mana mereka mula berkenalan ketika produksi drama “Love In The Moonlight”.

Kepada yang tidak tahu, Park Bogum bakal kembali dengan drama baru iaitu “Record Of Youth” bersama Park Sodam selepas setahun drama “Encounter” tamat. Drama itu mengisahkan tentang jatuh bangun anak muda dalam industri permodelan.

Saksikan episod akhir “Itaewon Class” pada 21 Mac ini di saluran JTBC dan Netflix!

Sumber: Sports Seoul

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...