Ikuti Kami:

Hampir Tamat, Produser ‘Itaewon Class’ Dedah ‘Hint’ Kepada Penonton Episod Akhir Drama Itu

Hampir Tamat, Produser ‘Itaewon Class’ Dedah ‘Hint’ Kepada Penonton Episod Akhir Drama Itu

Semakin dah nak sampai ke garisan penamat, semakin mendebarkan plot cerita drama “Itaewon Class”! Disebabkan ramai penonton yang dah tak lena tidur menantikan episod akhir yang bakal ditayangkan seminggu lagi, produser kepada drama ini telah memberikan sedikit ‘spoiler’ kepada kesudahannya nanti.

Untuk baki episod yang tinggal, kunci utamanya ialah kepulangan Jang Geunwon dan bagaimana Park Saeroy akan membalas dendam selepas pendedahan mengenai penyakit yang dihadapi oleh CEO Jang.

Nantikan juga hubungan rumit di antara semua watak, daripada Sooah kepada Geunsoo dan perubahan kepada hubungan di antara Park Saeroy dan Jo Yiseo. Paling utama, kami berharap anda menunjukkan sokongan kepada Park Saeroy yang tak lari daripada nilai pegangannya sambil dia meneruskan hidup.

episod akhir itaewon class

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terbaru “Itaewon Class”, drama ini melangkau ke 4 tahun kemudiannya, apabila DanBam telah berubah daripada sebuah pub kepada syarikat besar. Walaubagaimanapun, Jangga masih lagi duduk selesa di tangga pertama dalam industri tersebut. Park Saeroy meneruskan misinya membalas dendam kepada CEO Jang selepas mendapat tahu mengenai penyakit seriusnya.

Jang Geunsoo kini kembali dan mengambil alih urusan syarikat di Korea selepas bertugas di ibu pejabat Jangga, Amerika Syarikat. Kesihatan CEO Jang kian teruk dan lelaki tua itu memberi amaran tentang Park Saeroy kepada anaknya. Dia kemudiannya menerima diagnosis mengenai sakit kanser pankreas dan hanya ada 6 bulan untuk meneruskan hidupnya. Jang Geunwon yang menghilangkan diri selepas keluar daripada penjara terus muncul semula selepas mendengarkan berita mengejutkan ini.

episod akhir itaewon class

Meskipun mengetahui tentang penyakit CEO Jang, Park Saeroy tetap bertegas akan meneruskan misi membalas dendamnya dan meminta lelaki tua itu sepaya jangan mati dahulu kerana dia mahu dia mendapat balasan yang setimpal sebelum menutup mata buat selamanya.

Jangan lupa saksikan episod akhir “Itaewon Class” pada 21 Mac nanti!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...