Ikuti Kami:

“Siasatan Polis Telah Dilakukan” – Foto Peribadi Jennie BP Terus Disebar, YG Umum Akan Ambil Tindakan

“Siasatan Polis Telah Dilakukan” – Foto Peribadi Jennie BP Terus Disebar, YG Umum Akan Ambil Tindakan

Setelah beberapa lama berdiam diri, YG Entertainment akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan tentang tindakan undang-undang yang diambil terhadap penyebar gambar peribadi Jennie.

Bagi yang belum tahu, seorang pengguna yang tidak dikenali di Telegram telah menyiarkan beberapa foto peribadi Jennie secara berterusan tanpa kawalan sejak kebelakangan ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, YG berkongsi bahawa mereka telah meminta pihak polis untuk membantu proses siasatan dalam mengenal pasti pengedar foto peribadi dan khabar angin tidak berasas tentang Jennie.

foto peribadi jennie

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan:

Ini adalah YG Entertainment.

Kami secara rasmi meminta pihak polis untuk menyiasat pengedar asal gambar peribadi Jennie BLACKPINK. Kami telah memantau keadaan dan menyerahkan aduan kami pada bulan September selepas mengumpul maklumat.

YG telah mengelak daripada mengulas dan menyatakan pendirian kami pada masa lalu untuk mengelak keadaan menjadi lebih teruk. Walau bagaimanapun, kami berasa bertanggungjawab untuk tidak merelakan penyebaran khabar angin, kritikan, serangan peribadi, gangguan seksual dan pelanggaran privasi yang datang bersama gambar peribadi tersebut. Oleh itu, kami ingin menjelaskan bahawa kami sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membetulkan keadaan.

YG sedang mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap siaran yang merosakkan reputasi artis kami. Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kes ini difailkan kerana melanggar Akta Rangkaian Maklumat dan Komunikasi, pelanggaran maklumat dan pengedaran yang menyalahi undang-undang, dan penggunaan media komunikasi secara lucah.

Kami akan mengambil semua tindakan undang-undang yang mungkin tanpa sebarang kelonggaran untuk mengelakkan kerosakan selanjutnya pada masa hadapan. Foto yang diedarkan dalam talian dikeluarkan secara haram, tanpa mengira niat di belakangnya. Tindakan berkongsi foto ini boleh dianggap sebagai kesalahan kedua dan tertakluk kepada hukuman undang-undang. Kami benar-benar meminta anda untuk mengelakkan perkongsian secara melulu.

YG Entertainment akan terus bekerja keras untuk melindungi hak dan kepentingan artis kami.

jennie blackpink

Haa habislah siapa yang sebarkan gambar Jennie tu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...