Utama Drama Korea Siar 1 Episod Seminggu Tapi Asyik Batal Tayangan, Episod Akhir ‘The Killing...

Siar 1 Episod Seminggu Tapi Asyik Batal Tayangan, Episod Akhir ‘The Killing Vote’ Raih Rating Rendah

the killing vote

“The Killing Vote” menamatkan siaran panjangnya selama 15 minggu tanpa lonjakan rating hingga episod terakhirnya.

Drama yang disiarkan di SBS setiap Khamis itu menayangkan episod terakhir pada 16 November dengan ending terbuka di mana mereka memulakan semula undian hukuman mati penalti.

Siaran terakhir “The Killing Vote” mencatat rating tontonan sebanyak 3.1% di keseluruhan negara dan 2.9% di daerah Seoul.

Bagi yang tidak mengetahui, drama itu pada awalnya dirancang untuk menemui penonton dalam slot tayangan Isnin-Selasa namun SBS memilih untuk menghapuskan slot berkenaan selepas “The Secret Romantic Guesthouse” menamatkan siaran. Ia kemudiannya diputuskan untuk bersiaran satu episod seminggu sahaja.

Walaupun bermula dengan rating baik iaitu 4.1%, namun drama berkenaan gagal mengekalkan momentum apabila kerap membatalkan tayangan kerana memberi laluan untuk Sukan Asia 2023 dan Liga KBO 2023.

the killing vote

Sehingga ke akhirnya, “The Killing Vote” gagal mencatatkan rating yang baik hingga pernah jatuh ke lingkungan 2% untuk beberapa episod. Pun begitu, untuk episod akhirnya, ianya berjaya memasuki semula rating 3%.

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah pencarian individu di sebalik identiti ‘gaetal’. Lelaki itu ialah seorang individu yang menjatuhkan hukuman mati pada penjenayah secara peribadi selain tidak dapat ditangkap kerana pandai bermain dengan undang-undang.

Korang tengok sampai habis tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...