Ikuti Kami:

Meski Ada Im Jiyeon & Park Haejin, ‘The Killing Vote’ Raih Rating Terburuk

Meski Ada Im Jiyeon & Park Haejin, ‘The Killing Vote’ Raih Rating Terburuk

Walaupun dibarisi pelakon hebat tapi tak semestinya sesebuah drama itu akan menjamin rating tinggi.

Dalam episod ke-5 ini, “The Killing Vote” memaparkan sesi kejar-mengejar yang tegang antara Kim Moo-chan dan Joo-hyun. Walau bagaimanapun, ramai yang lebih terkejut apabila mendapat tahu identiti sebenar Kwon Seok-joo dan menebak bahawa dia ialah ‘gaetal’ yang dicari mereka.

Menghampiri separuh tayangan, drama ini tak mampu mengekalkan momentum rating 4% apabila meraih rating terendah sepanjang siaran iaitu 3.4% sahaja untuk episod terbaru ini.

the killing vote

Melihatkan angka yang kurang stabil ini, ramai yang meluahkan rasa kesal dengan pilihan SBS untuk menayangkan satu episod seminggu sahaja untuk drama ini dan berkemungkinan besar ia menyebabkan penonton tidak mempunyai keinginan tetap untuk menontonnya.

Drama “The Killing Vote” yang diterajui oleh Park Hae-jin, Park Sung-woong dan Im Ji-yeon membawa kisah pencarian individu di sebalik identiti ‘gaetal’. Lelaki itu ialah seorang individu yang menjatuhkan hukuman mati pada penjenayah secara peribadi selain tidak dapat ditangkap kerana pandai bermain dengan undang-undang.

Korang rasa kenapa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...