Ikuti Kami:

“Siapakah Itu?” – Peminat Kecewa Son Sukku Tak ‘Cam’ Wajah Yoona SNSD

“Siapakah Itu?” – Peminat Kecewa Son Sukku Tak ‘Cam’ Wajah Yoona SNSD

Baru-baru ini, beberapa pelakon dari siri Disney+ “Big Bet” telah tampil dalam program yang diterbitkan oleh Na Young-seok, iaitu “The Game Caterers”.

Dalam bahagian ke-2 yang disiarkan, pelakon Son Suk-ku, Lee Do-hwi, Kim Joo-ryoung, Lee Hae-woo, Lim Hyung-jun dan Son Eun-seo bermain kuiz, di mana kesemua mereka harus meneka nama selebriti yang ditunjukkan oleh penerbit Na Young-seok.

Khususnya, gambar Yoon-a SNSD dipaparkan ketika giliran Son Suk-ku untuk meneka. Bagaimanapun, pelakon lelaki itu gagal untuk memberikan jawapannya. Dengan ekspresi keliru, Son Suk-ku bertanya,

Siapakah itu?

Lee Hae-woo yang agak kecewa, terus berdiri dan menjawab,

Yoon-a!

son sukku

Cuba untuk memberikan alasan, pelakon “My Liberation Notes” itu menjelaskan,

Tapi gambar itu kelihatan..

Son Eun-seo mencelah,

Ia tidak kelihatan seperti Yoon-a?

Kemudian, Son Suk-ku terus bersetuju dengan kenyataan Son Eun-seo.

Tengah gugup tu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...