Baru-baru ini, penampilan Yoon-a GIRLS’ GENERATION di ’43rd Blue Dragon Film Awards’ telah menjadi perbincangan hangat dek kecantikannya yang luar biasa.
Khususnya di laman komuniti dalam talian, netizen membandingkan penampilan Yoon-a pada tahun 2021 dan tahun ini, selepas berjaya menambah berat badan.
Tampil dengan gaun putih bak bidadari, ramai yang memuji bahawa Yoon-a kelihatan lebih cantik, lebih muda dan lebih sihat, apabila lebih ‘berisi’ dari sebelum ini.
Selain itu, ada juga yang memuji dengan mengatakan bahawa idola itu masih kelihatan seperti dalam umur lingkungan 20-an, meskipun sudah mencecah usia 32 tahun pada 2022.
Antara komen yang ditulis netizen:
Apabila anda berusia lebih 30 tahun, pencapaian terbaik adalah kelihatan muda, bukan kurus.
Yoon-a sentiasa lebih cantik dengan sedikit berat badan.
Saya paling suka Yoon-a ni. Dia terlalu kurus sebelum ini.
Yoon-a macam mana pun tetap cantik, kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.