Ikuti Kami:

“Saya Usaha Untuk Makan Banyak” – Yoona Dedah Tambah Berat Badan Untuk Drama Akan Datang

“Saya Usaha Untuk Makan Banyak” – Yoona Dedah Tambah Berat Badan Untuk Drama Akan Datang

Baru-baru ini, ramai peminat perasan bahawa Yoon-A GIRLS’ GENERATION nampaknya sudah menambah berat badan.

Ketika temu bual untuk filem “Confidential Assignment 2” yang dilakukan pada 6 September, Yoon-A menjawab khabar angin yang menyatakan bahawa dia telah menambah 10KG berat badan. Jawab pelakon dan idola itu,

Saya tidak tahu dari mana khabar angin itu datang. Saya memang menambah berat badan untuk projek seterusnya tetapi ia bukan 10KG.

snsd yoona

Kemudian, Yoon-A menjelaskan bahawa dia berusaha untuk menambah berat badan buat dramanya akan datang iaitu “King the Land”. Kongsinya,

Saya menambah berat badan untuk ‘King the Land’. Saya mahu menukar imej yang saya ada, jadi saya cuba menambah berat badan. Saya cuba bersenam dengan kerap dan berusaha keras untuk makan lebih banyak. Saya tidak pasti sama ada makan snek lewat malam akan membantu, tetapi saya berjaya menaikkan berat badan.

Dalam pada itu, “King the Land” yang turut dibintangi Jun-ho 2PM, mengisahkan tentang waris chaebol bernama Goo-won yang tidak tahan dengan senyuman palsu. Dia bertemu Cheon Sa-rang yang sentiasa dilengkapi dengan senyuman yang cerah walaupun dia tidak mahu kerana sifat profesionnya, dan bersama-sama, mereka berdua mencari hari bahagia di mana mereka boleh tersenyum dengan ikhlas bersama-sama.

yoona snsd

Tambahan, selepas selesai melakukan ujian penggambaran, “King the Land” akan memulakan penggambaran sebenar tak lama lagi. Turut dilaporkan bahawa drama tersebut bakal menemui penonton pada 2023 nanti.

Sama-sama kita tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...