Ikuti Kami:

“Siapa Kalian Mahu?” – Ahli ‘2 Days 1 Night’ Bincang Mahu Cari Ahli Baru

“Siapa Kalian Mahu?” – Ahli ‘2 Days 1 Night’ Bincang Mahu Cari Ahli Baru

Siapa kat sini yang mengikuti perkembangan “2 Days 1 Night”? Ha, kalau korang tengok episod terbaru, mesti korang tahu bahawa dorang kini mencari ahli baru?

Sewaktu pembukaan episod baru “2 Days 1 Night”, seperti biasa kesemua ahli, Yeon Jung-hoon, Kim Jong-min, Moon Se-yoon, Dindin dan Na In-woo berkumpul bersama-sama.

Moon Se-yoon berkata,

Ini merupakan ulang tahun ke-15 rancangan ini, jadi saya rasa mungkin dah tiba masanya untuk kita menyambut ahli baru. Bagaimana jenis ahli yang kalian mahukan untuk menyertai acara ini?

lee sangminLalu Yeon Jung-hoon berkata,

Kita sudah mempunyai dua pelakon, seorang pelawak dan dua orang personaliti rancangan hiburan. Saya rasa kita perlukan penyanyi!

Mendengar kenyataan itu, DinDin berkata,

Lagu saya kan dah menaiki carta! Saya lah penyanyi!

Kim Jong-min pula menyambung,

Koyote dah buat comeback!

Na In-woo juga sempat berkata,

Saya adalah ahli yang paling terbaru, jadi sesiapa sahaja yang masuk selepas saya akan menjadi junior saya! Saya akan menjaga junior saya dengan baik dan mengajarnya semua perkara!

na inwooKim Jong-min lalu berkata,

Memandangkan sekarang rancangan ini sudah menyambut ulang tahun ke-15, saya mahu melihat seseorang yang muda dan bersemangat, seseorang yang boleh membawa rancangan ini lagi untuk 15 tahun yang akan datang. 

Korang rasa siapa yang akan jadi ahli baru dorang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...