Na Inwoo Akui Penat Ulang Alik Antara Lakonan & Program ‘2 Days & 1 Night’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Antara pelakon lelaki yang menjadi sorotan ramai kini semestinya Na In-woo kan?
Artikel Berkaitan
Terbaru, lelaki itu selesai menerajui dua drama iaitu “Jinxed At First” dan “Cleaning Up” yang ditayangkan dalam tempoh yang hampir sama. Bukan itu sahaja, Na In-woo turut membahagikan masa untuk penggambaran filem “Similar” dan program mingguan “2 Days & 1 Night”.

Akuinya, dia mengalami kesukaran dari aspek fizikal dan emosi kerana perlu berulang alik antara penggambaran “Cleaning Up” dan “2 Days & 1 Night”,
Pada awal penyertaan ‘2 Days & 1 Night, saya lebih rasa risau berbanding terbeban. Saya banyak terfikir sekiranya saya akan menyusahkan mereka.
Tambahnya,
Sebenarnya, bukan sahaja program hiburan malah saya tetap gementar apabila berada di set penggambaran drama. Tetapi saya sudah semakin lebih berusaha untuk memberikan fokus kini.

Dalam pada itu, Na In-woo mendedahkan bahawa dia mahu belajar lebih mengenai personaliti hiburan dari Moon Se-yoon dan Kim Jong-min yang merupakan ahli “2 Days & 1 Night”.
Mesti Na In-woo penat kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




