Ikuti Kami:

“Siapa Cakap Dah Tak Best?” – Penonton Kata Ini Sebab Ahli ‘Running Man’ Serasi Bersama

“Siapa Cakap Dah Tak Best?” – Penonton Kata Ini Sebab Ahli ‘Running Man’ Serasi Bersama

12 tahun bersama, sudah pasti ahli “Running Man” mengenai setiap dari mereka luar dan dalam.

Dalam episod terbaru ini, kesemua mereka perlu menyelesaikan misi di mana mereke perlu melukis berdasarkan ‘peribahasa’ dan salah seorang daripada mereka perlu menekanya.

Untuk peribahasa ‘Saya ikut rakan ke Gangnam’, Yoo Jae-suk dipilih sebagai peneka dan nyata terkejut melihat lukisan ahli lain yang sukar dicerna. Kata lelaki itu,

Seperti mereka menyuruh saya meneka lukisan Na-eun (anak perempuannya).

running man

Walau bagaimanapun, Haha memberi klu secara perlahan,

Ini ialah air.

Teka Yoo Jae-suk,

Awak boleh tahu apa di dalam air tapi awak tak akan faham dalaman seseorang.

running man

Dia kemudian menarik jawapannya semula apabila melihat reaksi Kim Jong-kook,

… bukan itu kan?

Selepas beberapa klu lain, Yoo Jae-suk akhirnya meneka jawapan yang betul. Ulas PD Choi Bo-pil geram,

Mestilah tahu kerana ada klu ‘Apgujeong’, ‘persahabatan’, ‘pergi’.

running man

Bukan itu sahaja, meski dipisahkan mengikut susunan PD Choi Bo-pil dan mempercayai Song Ji-hyo sebagai ahli yang ‘bersih’ dari penipuan, wanita itu dalam diam memberikan jawapan kepada Kim Jong-kook.

Melihatkan episod yang kelakar itu, rata-rata penonton meluahkan rasa kagum dengan dinamik hubungan setiap ahli “Running Man”,

Setiap ahli ini tak akan ke mana.

 

Naluri Yoo Jae-suk sangat hebat.

 

Sebab itu tak boleh beri mereka misi berkumpulan.

 

Babak ini sangat kelakar.

 

Naluri kelakar Bo-pil juga sangat kuat.

 

Siapa yang kata ‘Running Man’ tak best?

 

Permainan ini sangat kelakar.

Serius kelakar betul bahagian ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...