Ikuti Kami:

“Saya Tak Jaga Langsung” – Jadual Harian ‘Padat’ Song Jihyo Buat Semua Terkejut

“Saya Tak Jaga Langsung” – Jadual Harian ‘Padat’ Song Jihyo Buat Semua Terkejut

Song Ji-hyo tanpa sengaja sentiasa membuat kejutan buat ahli “Running Man” yang lain apabila mempelajari mengenai gaya hidupnya.

Ketika segmen khas bersama ‘Yoo Jae-suk Show’ dalam episod terbaru program SBS itu, mereka telah bercerita mengenai pelbgai perkara yang terjadi baru-baru ini. Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai jadual harian Song Ji-hyo di rumah.

Kongsi pelakon itu,

Saya bangun pukul 12 tengah hari, dan saya mengemas di rumah sambil bersedia untuk memasak nanti. Pada pukul 5, saya bawa anjing peliharaan berjalan.

song jihyo

Tanya Haha,

Apa yang awak buat dalam 5 jam itu?

Soal Yoo Jae-suk pula,

Awak tak makan ke?

Jelas Song Ji-hyo,

Saya tak makan ketika itu dan waktu makan pertama saya ialah pada 7 petang. Saya tak pasti apa yang berlaku tapi saya sesuaikan waktu mengikut kehidupan anjing saya.

Tambahnya lagi,

Pada jam 7 petang, saya kemas rumah dan menonton televisyen dan kemudiannya tidur pada jam 12 tengah malam.

running man

Yoo Jae-suk nyata terkejut,

Awak tidur selama 12 jam?

Tanya mereka lagi,

Awak tak bangun sekali pun semasa tidur?

Balas wanita itu,

Saya tak bangun langsung.

song jihyo

Mendengarkan penjelasan Song Ji-hyo, rata-rata ahli terperanjat mendengar jadual hariannya.

Dahsyat sangat Song Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...