Ikuti Kami:

Siap Sedia Untuk Serbu! BLACKPINK Akan Berkolaborasi Dengan Starbucks Untuk Minuman & Barangan

Siap Sedia Untuk Serbu! BLACKPINK Akan Berkolaborasi Dengan Starbucks Untuk Minuman & Barangan

Siap sedia semua untuk dapatkan barangan BLACKPINK berkolaborasi dengan Starbucks!

Baru-baru ini, Starbucks telah mengumumkan pelancaran barangan dan minuman, bekerjasama dengan BLACKPINK di banyak negara termasuklah Malaysia.

Untuk pengetahuan, Starbucks akan menjual minuman Frapuccino dan barangan yang diillhamkan oleh kumpulan 4 ahli itu, bermula dari 20 hingga 25 Julai ini.

Mengenai kerjasama ini, wakil dari Starbucks menyatakan,

BLINKS dan pelanggan Starbucks boleh menikmati daya tarikan unik BLACKPINK, yang telah memikat dunia melalui kerjasama ini. Mereka akan mempunyai musim panas yang lebih cerah dan menarik di Starbucks.

Info tambahan, Starbucks akan memperkenalkan pelbagai barangan gaya hidup edisi BLACKPINK seperti cawan, botol air, beg tote, rantai kunci dan pemegang passport.

Jangan lupa serbu Starbucks pada 25 Julai nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...