Ikuti Kami:

Artis Pertama Dengan Kejayaan Ini! BLACKPINK Cipta Sejarah Baru Di YouTube

Artis Pertama Dengan Kejayaan Ini! BLACKPINK Cipta Sejarah Baru Di YouTube

BLACKPINK sekali lagi telah mencipta sejarah baru di YouTube!

Terbaru menurut YG Entertainment, BLACKPINK telah berjaya meraih lebih 90 juta keahlian di saluran YouTube rasmi mereka pada 17 Julai.

Untuk pengetahuan, kumpulan itu kali pertama melancarkan saluran YouTube mereka pada Jun 2016 bermakna, mereka mengambil masa kira-kira tujuh tahun untuk mempunyai pencapaian sedemikian.

Bukan itu sahaja, BLACKPINK juga telah disenaraikan sebagai artis No.1 dengan keahlian terbanyak di YouTube, di seluruh dunia. Fuh hebat!

Sementara itu, mereka juga mengambil masa hanya kurang dari setahun untuk mengumpul 10 juta pelanggan, selepas melepasi 80 juta keahlian pada September tahun lalu.

Tahniah BLACKPINK atas pencapaian hebat ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...