Berita gembira buat ARMY!
Untuk pengetahuan, pada 16 April (waktu tempatan), BTS telah mengadakan konsert mereka “Permission to Dance On Stage” di Stadium Allegiant, Las Vegas.
Selepas BTS mempersembahkan lagu terakhir mereka “Permission to Dance”, mesej samar ‘WE ARE BULLETPROOF’ dan ‘2022.06.10’ muncul pada skrin, memberi petunjuk buat sesuatu yang menarik akan dikeluarkan pada Jun ini.
https://twitter.com/afnari2012/status/1515562330427314178
Sekadar info, BTS kali terakhir membuat kemunculan semula pada Julai tahun lepas dengan lagu “Permission to Dance”.
Nampaknya, peminat boleh menantikan sesuatu yang baharu akan dikeluarkan oleh BTS pada 10 Jun ini. Jangan lupa tau!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.