Ikuti Kami:

“Sia-Sia Sahaja..” – Jessi Akui Menyesal Buat Pembedahan Payu Dara?

“Sia-Sia Sahaja..” – Jessi Akui Menyesal Buat Pembedahan Payu Dara?

Jessi ternyata merupakan antara selebriti Korea yang tidak segan untuk mengakui bahawa dia pernah melakukan pembedahan wajah di beberapa bahagian badannya.

Pun begitu, pengakuan wanita itu mengenai pembedahan yang dilakukan nyata mengejutkan ramai.

Terbaru, Jessi tanpa sengaja telah berbincang mengenai topik berkenaan dalam rancangan “Jessi’s Showterview” bersama tetamu APINK.

Kisah bermula apabila penyanyi rap itu menceritakan bagaimana dia mengalami kesukaran ketika memakai kostum pentas milik Chorong APINK semasa merakamkan satu episod untuk “Refund Sisters” dahulu.

jessi apink

Selepas mendengarkan kisah itu, Chorong menyampuk dan meluahkan rasa kasihan,

Nasib awak kerana terpaksa memakai kostum milik saya yang berpunggung kecil.

Nam-joo kemudiannya mengusik,

Sama juga dengan bahagian dadanya.

jessi apink

Respon Jessi bagaimanapun membuatkan semua di situ terkejut,

Hey, tidak kisah dada macam mana. Selepas melakukan pembedahan payu dara, saya merasakan bahawa ia sia-sia sahaja. Bila difikirkan, natural adalah lebih cantik.

Nam-joo cuba menaikkan semula mood perbualan itu dengan memuji kecantikan Jessi.

Tetapi wanita itu berseloroh,

Saya tak akan membuangnya! Pelik rasanya kalau ianya tiada.

jessi apink

Jessi tetap cantik macam mana pun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...