Ikuti Kami:

Foto Sebelum Pembedahan Plastik Tular, Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Wajah Jessi

Foto Sebelum Pembedahan Plastik Tular, Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Wajah Jessi

Rasanya siapa yang minat dengan program hiburan Korea, pasti mengenali penyanyi solo Jessi. Wanita itu yang sangat ‘open’ dan langsung tak menapis percakapannya sering menghiburkan para penonton di rumah dengan gelagatnya yang rawak itu.

Kalau anda nak tahu, meskipun nampak garang dengan solekan tebalnya namun wanita itu tidak malu mengaku bahawa dia telah melalui beberapa pembedahan plastik suatu ketika dahulu. Pun begitu, Jessi meluahkan rasa kesal dengan keputusan drastiknya itu kini.

pembedahan plastik jessi

Baru-baru ini, satu entri di laman komuniti telah mendapat perhatian ramai selepas ia mengandungi beberapa foto Jessi sebelum dia mengubah wajahnya. Bahkan kebanyakan netizen terpegun dan memuji kecantikan wanita itu yang nampak lebih ‘lembut’ berbanding sekarang ini.

Kalau anda nak tahu, penyanyi berbakat itu mendedahkan bahawa dia telah melakukan pembedahan plastik bagi mengubah mata dan hidungnya.

pembedahan plastik jessi

Malahan cadangan itu diajukan oleh bekas agensi naungannya dahulu.

Agensi saya mencadangkan saya menjalani pembedahan plastik. Saya tidak berapa fotogenik jadi mereka mahu saya kelihatan sedikit kurang tegas dengan mengubah mata saya tetapi saya nampak lebih garang selepas mendapatkan pembedahan kelopak mata tersebut.

pembedahan plastik jessi

Disebabkan oleh wajahnya yang comel dan naif suatu ketika dahulu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan bekas agensinya itu.

Gila betul agensinya dahulu.

 

Dia cantik dahulu dan kini.

 

Tak kisahlah, saya tetap sukakan Jessi.

Alahai comel betul Jessi dahulu tapi sekarang pun comel apa bila dia buat perangai ‘blur’nya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...