Ikuti Kami:

Shin Yeeun, Joo Hyunyong & Kwon Eunbi Calon Terbaik Ganti Jeon Somin Dalam ‘Running Man’?

Shin Yeeun, Joo Hyunyong & Kwon Eunbi Calon Terbaik Ganti Jeon Somin Dalam ‘Running Man’?

Sepertinya khabar angin mengenai pengganti Jeon So-min dalam “Running Man” terus berterbangan kini.

Ulas pihak produksi pada ketika itu,

Kami belum memutuskan sesiapa yang akan menggantikan Jeon So-min lantas ‘Running Man’ akan teruskan dengan enam ahli buat masa ini.

Pun begitu, ramai yang mula menyenaraikan calon sesuai untuk menggantikan tempat pelakon berkenaan selepas beberapa episod dengan tetamu selebriti wanita dek persona unik mereka.

joo hyunyoung kwon eunbi

Shin Ye-eun, yang menjadi tetamu dalam rancangan tersebut sejurus selepas pemergian Jeon So-min, dengan terbuka menyatakan hasratnya untuk menyertai “Running Man” sebagai ahli baru. Dengan yakin, dia menjalankan misi dengan mata yang unik dan ketegangan yang tinggi. Pelakon tersebut juga terlibat dalam pertarungan tarian rawak dengan Haha dengan pelbagai ekspresi.

Malah ulas Yoo Jae-suk,

Sertailah kami minggu depan jika kamu tidak keberatan.

Dalam pada itu, nama lain yang turut disebut sebagai pengganti ialah penyanyi Kwon Eun-bi dan pelakon Joo Hyun-young.

Korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...