Ada berita sedih buat peminat “Running Man”.
Terbaru, Ji Suk-jin dikhabarkan bakal berehat sementara dari menyertai “Running Man” atas masalah kesihatan.
Menurut kenyataan agensinya,
Hello, ini Esteem Entertainment.
Baru-baru ini, keputusan telah diambil supaya Ji Suk-jin berehat dari ‘Running Man’ kerana penemuan keperluan untuk melalui pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan susulan. Dia akan berehat dan berusaha sebaik mungkin untuk mengembalikan tenaga dengan penampilan lebih baik secepatnya.
Terima kasih kerasa selalu menyokong dan menyayangi Ji Suk-jin.
Semoga ‘abang long’ “Running Man” cepat sihat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.