Ikuti Kami:

“Shin Yeeun Ganti..” – Rating Episod Pertama Tanpa Jeon Somin Jatuh, Ini Respon Penonton ‘Running Man’

“Shin Yeeun Ganti..” – Rating Episod Pertama Tanpa Jeon Somin Jatuh, Ini Respon Penonton ‘Running Man’

Sudah seminggu rupanya berlalu sejak Jeon So-min mengucapkan selamat tinggal buat “Running Man”.

Terbaru, kesemua ahli bersama tetamu Shin Ye-eun dan Hong Jin-ho telah melawat Singapura untuk satu lawatan istimewa. Bukan sahaja ini merupakan episod di luar negara sejak sekian lama malah ini menandakan episod pertama tanpa Jeon So-min sejak pelakon itu menyertai “Running Man” sejak 2017.

Sedari lapangan terbang, mereka menjalani pelbagai misi termasuklah melawat ke zoo negara dan bertemu pelbagai binatang liar selain mengalami budaya tempatan dengan merasai makanan lokal seperti laksa.

running man

Walaupun menerima respon positif penonton namun sepertinya ia tidak berjaya menarik perhatian ramai apabila episod itu hanya mampu meraih rating sebanyak 3.5% di mana ia turun sebanyak 0.7% berbanding episod lalu.

Komen penonton yang ternyata merindui ‘kehilangan’ Jeon So-min,

Tak seperti ketika Gary dan So-min keluar, walaupun ada sedikit terasa ketiadaan Jeon So-min namun ruang yang ditinggalkan tak begitu besar.

 

Shin Ye-eun berusaha keras untuk penuhkan kekosongan Jeon So-min.. Ji-hyo pun.

 

Sedih tengok pin wajah So-min di beg Ji-hyo.. dia ialah ahli ‘Running Man’ selamanya.

 

Apabila Jeon So-min tiada.. saya tonton dan tak tonton..

 

Best la tetamu minggu ni.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...