Utama Rancangan Hiburan “Sebab ‘Running Man’, Impian Saya Untuk Dilamar Berkecai..” – Song Jihyo

“Sebab ‘Running Man’, Impian Saya Untuk Dilamar Berkecai..” – Song Jihyo

running man

Adakah kehidupan romantis Song Ji-hyo ‘musnah’ gara-gara segala misi yang dilakukan dalam “Running Man’?

Dalam episod terbaru program itu, kesemua ahli termasuk tetamu iaitu Shin Ye-eun dan Hong Jin-ho telah berangkat ke Singapura bagi menjalani misi khas di sana.

Salah satu misi yang diketengahkan ialah lawatan ke zoo tempatan. Dalam perjalanan, kesemua ahli berbual dan membuka topik mengenai cara lamaran perkahwinan. Kongsi Song Ji-hyo,

Awalnya saya mahu dilamar di zoo. Tapi sebab terlalu banyak kali kita ke zoo dalam ‘Running Man’ dan banyak hal yang berlaku, impian saya berkecai.

running man

Ahli lain kemudiannya mengapi-apikan wanita itu dan membayangkan pelbagai lamaran kelakar seperti dilamar dengan belon memenuhi bonet kereta, dilamar menerusi billboard besar dan dilamar secara terangan di dewan konsert. Mendengarkan hal ini, Song Ji-hyo membuatkan mula jelek dan berkata,

Saya tak suka lah..

Dalam pada itu, Haha dan Yoo Jae-suk turut berkongsi mengenai pengalaman mereka melamar isteri masing-masing di mana kedua-duanya menggunakan cara ringkas dan tidak memeningkan.

Simple pun okay kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar Today
Loading...