Utama Rancangan Hiburan Masih Teringat, Ji Sukjin Sebut Nama Jeon Somin Dalam Episod Baru ‘Running...

Masih Teringat, Ji Sukjin Sebut Nama Jeon Somin Dalam Episod Baru ‘Running Man’

ji sukjin jeon somin

Siapa sangka tiada lagi tawa Jeon So-min dalam siaran “Running Man” kini.

Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli bersama tetamu Shin Ye-eun dan Hong Jin-ho telah menyertai percutian di Singapura.

Semasa sesi pembukaan, Ji Suk-jin mengenang kembali pengalaman menjalani perjumpaan peminat Asia pada 2014,

Kita pernah buat persembahan di sini.

Ji Suk-jin kemudiannya mengusik Yang Se-chan dan berkata,

Kami yang membuka jalan buat korang berdua.

running man

Tanpa sengaja menyebut mengenai Jeon So-min meskipun pelakon tersebut sudah tiada kini, respon Yang Se-chan,

Kalian? Saya sahaja lah. Patutnya sebelum ‘awak’ sertai kami..

Sambung Yang Se-chan lagi,

Setiap kali kita ke luar negara, Ji Suk-jin pastinya akan berkata ‘kalian boleh nikmati semua ini kerana kami yang sediakannya’.

Rindu lah dengan So-min..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...