Utama Drama Korea Shin Yeeun Bakal Buat Penampilan Istimewa Di Musim Ke-2 ‘Yumi’s Cells’

Shin Yeeun Bakal Buat Penampilan Istimewa Di Musim Ke-2 ‘Yumi’s Cells’

Shin Yeeun Yumi's cells

Pelakon Shin Ye-eun sah akan muncul dalam musim kedua “Yumi’s Cells”!

Pada 27 November, dilaporkan bahawa Shin Ye-eun telah dipilih untuk memainkan watak sebagai Yoo Da-eun dalam musim kedua “Yumi’s Cells” yang akan datang. Agensinya, NPIO Entertainment mengesahkan,

Shin Ye-eun akan membuat penampilan istimewa sebagai Da-eun dalam musim kedua ‘Yumi’s Cells’.

jinyoung got7 in yumi's cells

Watak Yoo Da-eun ialah sebagai pekerja sambilan di restoran tteokbokki (kek nasi pedas) yang dikendalikan oleh Yoo Ba-bi, lakonan Jin-young GOT7. Yoo Dae-eun digambarkan sebagai watak yang mudah jatuh cinta.

Dalam musim pertama “Yumi’s Cells”, penampilan Min-ho SHINee sebagai Chae Woo-gi juga digambarkan sebagai ‘penampilan istimewa’ walaupun dia muncul dalam beberapa episod.

Musim kedua “Yumi’s Cells” dijangka akan disiarkan pada separuh pertama 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROsen
Loading...