Baru sahaja seminggu tamat, ramai yang sudah menantikan kemunculan musim kedua “Yumi’s Cells”.
Dalam sebuah temuramah baru-baru ini, pengarah Lee Sang-yeop dan penulis Song Jae-sung berkongsi beberapa informasi mengenai sambungan kisah cinta Yu-mi nanti.
Katanya, akan ada perbezaan sedikit musim kedua dengan webtoon asal,
Walaupun drama ini mengikuti secara langsung naskhah asalnya, akan ada bahagian kecil yang diubah sedikit dalam musim kedua nanti. Yoo Ba-bi adalah lebih kacak daripada yang saya sangkakan. Saya akan cuba tampilkan hubungan Yu-mi dan Ba-bi dan perkembangan mereka dengan baik. Saya pasti musim kedua adalah lebih menarik. Sila nantikannya.
Tambah penulisnya pula, mereka terkejut melihat watak Ba-bi yang luar biasa. Bahkan penonton khabarnya akan disajikan dengan versi yang baru dalam dramanya nanti.
Tambahan pula, jika Yu-mi dalam musim pertama membuatkan penonton berasa geram kalau nak dibandingkan dengan wanita yang mengejar apa yang dimahukan dalam dunia moden ini, perubahannya akan dapat dilihat dalam musim kedua nanti. Saya rasakan kami akan membawa lebih banyak keseronokan buat penonton berbanding musim ini.
Dalam pada itu, musim kedua “Yumi’s Cells” dikhabarkan bakal menemui penonton pada separuh pertama 2022.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.