Shin Se-kyung bakal kembali ke dunia K-Drama.
Menurut laporan media, Shin Se-kyung disahkan akan membintangi drama romantik “I’m A Human From Today”.
Ianya adalah sebuah cerita tentang gumiho namun ia bukan gumiho biasa yang menarik lelaki untuk memakan hati mereka demi menjadi manusia. Tetapi sebaliknya, ia adalah tentang gumiho yang unik yang hidup dengan risau sambil menjauhi lelaki dan melakukan kebaikan kerana takut menjadi manusia.
Drama ini menggambarkan komedi romantik tentang hubungan cinta-benci yang berkembang melalui pertengkaran yang manis dan pahit.
Dalam drama ini, Shin Se-kyung memegang watak sebagai Eun-ho, ‘gumiho MZ yang kaya dengan hobi’, yang menikmati masa muda dan kecantikannya tanpa mahu bertanggungjawab dengan apa-apa pun, Dia berpuas hati dengan status istimewanya namun terpaksa hidup seperti manusia selepas terkait dengan seorang pemain bola sepak narsistik.
Nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.