Ikuti Kami:

Jo Jungsuk Sertai Shin Sekyung Dalam Drama Romantik Sejarah ‘Sejak’

Jo Jungsuk Sertai Shin Sekyung Dalam Drama Romantik Sejarah ‘Sejak’

tvN telah mendedahkan barisan pelakon bagi drama mereka yang akan datang.

Pada 31 Oktober, tvN telah secara rasmi telah mengumumkan bahawa Jo Jung-Suk dan Shin Se-kyung akan menjadi pelakon utama dalam drama yang bakal datang iaitu “Sejak”.

Drama ini mengisahkan tentang percintaan di antara seorang raja dan wanita yang sedang cuba untuk membalas dendam. Jo Jung-suk bakal membawa watak sebagai Lee In, seorang raja dengan pengalaman hidup yang menyedihkan namun, dia mula jatuh cinta selepas berjumpa dengan seorang pemain alat muzik.

sejak

Manakala, Shin Se-kyung membawa watak sebagai Kang Hee-soo, seorang pemain alat muzik yang cuba untuk menggoda raja demi untuk membalas dendam. Namun, dendamnya tertanam selepas dia terjatuh cinta dengan raja tersebut.

Drama yang bertemakan sejarah ini telah ditulis oleh Kim Sun-deok yang terkenal dengan penulisannya yang berjaya menangkap garis emosi antara watak dan juga merupakan penulis skrip bagi drama “The Crowned Clown”.

Dalam masa yang sama, drama “Sejak” ini telah menjadi antara drama yang paling dinantikan oleh umum dan ianya bakal mula ditayangkan pada 2024.

Wah! Tak sabarnya nak tengok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...