Ikuti Kami:

Shin Minah & Kim Youngdae Sah Terajui Drama Rom-Kom ‘Because I Want No Loss’

Shin Minah & Kim Youngdae Sah Terajui Drama Rom-Kom ‘Because I Want No Loss’

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Shin Min-ah bersama Kim Young-dae dalam sebuah drama!

Terbaru, tvN telah mengumumkan bahawa Shin Min-ah dan Kim Young-dae akan jadi teraju utama dalam drama baru berjudul “Because I Want No Loss”.

Untuk pengetahuan, “Because I Want No Loss” adalah drama komedi romantik yang akan mengisahkan tentang perkahwinan di antara seorang pekerja pejabat wanita dengan pekerja sambilan di kedai serbaneka.

Dalam drama ini, Shin Min-ah akan memegang watak sebagai Son Hae-young, yang bersetuju untuk menjadi pengantin palsu kerana tidak mahu mengalami kerugian manakala Kim Young-dae akan tampil sebagai Kim Ji-wook, pengantin lelaki palsu yang tidak mahu menyusahkan orang lain.

drama because i want no loss

Sementara itu, drama ini telah dijadualkan untuk menemui penonton pada 2024 menerusi saluran TVING dan tvN.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...