Ikuti Kami:

Shin Minah & Kim Youngdae Jadi Suami Isteri, Tonton ‘No Gain No Love’ Pada Ogos Ini

Shin Minah & Kim Youngdae Jadi Suami Isteri, Tonton ‘No Gain No Love’ Pada Ogos Ini

Prime Video mengumumkan hari ini bahawa siri Korea “No Gain No Love”, sebuah rom-com zero-sum, akan ditayangkan di perkhidmatan tersebut.

Pelakon Shin Min-ah, Kim Young-dae, Lee Sang-yi, Han Ji-hyun, dan ramai lagi membintangi drama romantis moden ini tentang individu yang tidak mahu kalah dalam cinta, wang, dan kerjaya.

Kembali selepas dua tahun sejak drama terakhirnya, “Our Blues”, ratu romantik komedi Shin Min-ah kembali dengan watak heroin moden yang boleh difahami semua.

Pelanggan Prime Video di lebih daripada 240 negara dan wilayah boleh menonton episod baru “No Gain No Love” setiap minggu, pada hari Isnin dan Selasa, bermula 26 Ogos ini.

Dalam hal keluarga, cinta, atau kerja, Son Hae-yeong, yang dimainkan oleh Shin Min-ah, telah mengalami kehilangan demi kehilangan. Untuk mengubah nasibnya, Hae-yeong akhirnya mencari perkahwinan palsu dengan pekerja kedai serbaneka di kejiranannya, Kim Ji-uk, yang dimainkan oleh Kim Young-dae untuk mengelakkan terlepas kenaikan pangkat.

no gain no love

Kim Ji-uk dikenali sebagai seseorang yang berteladan dan bekerja syif malam di kedai serbaneka. Seorang wira tempatan yang tidak boleh mengabaikan orang lain yang memerlukan, dia bersetuju dengan cadangan tidak masuk akal Hae-yeong untuk menjadi pengantin palsunya bagi perkahwinan palsu mereka.

Selain itu, siri ini menampilkan pelakon sokongan Lee Sang-yi sebagai chaebol generasi ketiga, Bok Gyu-hyun yang merupakan CEO syarikat tempat Hae-yeong bekerja dan Han Ji-hyun yang memainkan watak Nam Ja-yeon, seorang penulis novel web lucah yang popular dan teman serumah serta rakan seperti keluarga kepada Hae-yeong.

Pengarah Kim Jung-sik akan mengarahkan “No Gain No Love” dan siri ini ditulis oleh Kim Hye-young.

Adakah watak-watak ini akan dapat memperoleh cinta tanpa memperjudikan apa-apa? Tontonlah kisah romantis moden yang menyeronokkan apabila “No Gain No Love” dilancarkan di Prime Video pada 26 Ogos nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...