Selepas khabar angin mengatakan bahawa Kim Seon-ho akan menerajui drama “Mr. Hong”, kini terdapat pula berita menyatakan bahawa Shin Min-ah turut ditawarkan untuk berlakon dalam drama itu.
Menurut agensinya,
Shin Min-ah sedang meneliti tawaran drama ‘Mr. Hong’ dengan teliti.
Shin Min-ah ditawarkan untuk berlakon drama doktor gigi bernama Yoon Hye-jin, seorang wanita hebat yang mempunyai kecantikan dan kepandaian. Dia suka membeli-belah dan walaupun nampak materialistik, dia mempunyai hati yang baik dan selalu menderma untuk membantu orang susah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.