Ikuti Kami:

Kim Seonho Terima Tawaran Terajui Drama Komedi Romantik Adaptasi Filem ‘Mr. Hong’

Kim Seonho Terima Tawaran Terajui Drama Komedi Romantik Adaptasi Filem ‘Mr. Hong’

Kalau sebelum ini Kim Seon-ho dikhabarkan bakal membintangi drama misteri “Link”, kini terdapat pula khabar angin bertiup mengatakan bahawa dia menerima tawaran untuk menerajui drama adaptasi daripada filem “Mr. Hong”.

Selepas berita ini berterbangan, agensi pelakon itu iaitu “Salt Entertainment” mengeluarkan kenyataan,

Kim Seon-ho sedang mengkaji tawaran berlakon ‘Mr. Hong’ dengan positifnya.

kim seonho

Sekiranya Kim Seon-ho menerima tawaran ini, dia akan membawa watak Hong Du-sik iaitu seseorang yang boleh melakukan apa sahaja kerja seperti menyanyi di kafe, bekerja di kedai serbaneka dan penghantar makanan dengan bayaran terendah mengikut jam untuk membantu orang lain. Dia juga mempunyai kemahiran berlawan yang hebat selain memiliki hati yang baik.

Bukan itu sahaja, dia juga terkenal di kejiranan tempat tinggalnya kerana menggunakan bahasa tidak formal dengan semua orang termasuklah orang tua dan kanak-kanak. Latar belakang Mr. Hong yang misteri membuatkan banyak khabar angin mengenai kehilangannya selama beberapa tahun lepas.

Sama-sama kita nantikan sama ada Kim Seon-ho bakal berlakon dalam drama ini nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...