Ikuti Kami:

Shin Hyunbin Dilamar Sertai Jung Woosung Dalam Siri Romantik ‘Tell Me You Love Me’

Shin Hyunbin Dilamar Sertai Jung Woosung Dalam Siri Romantik ‘Tell Me You Love Me’

Shin Hyun-bin nampaknya makin sibuk dalam dunia lakonan kini.

Terbaru pada 15 Mei, Shin Hyun-bin dilaporkan telah menerima tawaran untuk memegang watak utama wanita dalam drama romantik “Tell Me You Love Me”. Berikutan itu, agensi bagi pelakon tersebut memberi respon,

Memang benar dia ditawarkan peranan itu, tetapi ia adalah salah satu karya yang sedang dipertimbangkan.

“Tell Me You Love Me” merupakan drama romantik kemanusiaan, diadaptasi daripada naskhah Jepun yang ditayangkan pada 1995. Ia akan membawa kisah cinta seorang lelaki pekak dan seorang pelakon wanita yang bercita-cita tinggi.

drama tell me you love me

Untuk pengetahuan, Jung Woo-sung juga telah menerima tawaran dalam drama ini bagi melakonkan watak lelaki pekak dan pelukis berusia 30-an. Manakala Shin Hyun-bin ditawar untuk berperan sebagai pelakon yang bercita-cita tinggi yang jatuh cinta dengannya.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...