Ikuti Kami:

Selepas 10 Tahun, Jung Woosung Dilamar Terajui Drama Romantik ‘Tell Me That You Love Me’

Selepas 10 Tahun, Jung Woosung Dilamar Terajui Drama Romantik ‘Tell Me That You Love Me’

Rindu kan nak tonton Jung Woo-sung dalam drama lagi?

Mungkin berita ini akan membuatkan anda gembira kerana khabarnya lelaki itu akan menerajui drama “Tell Me That You Love Me”.

Ia merupakan drama romantik kemanusiaan diadaptasi daripada naskhah Jepun yang ditayangkan pada 1995. Drama ini akan membawa kisah seorang lelaki yang ada masalah pendengaran dan seorang pelakon baru.

Sekiranya Jung Woo-sung menerima tawaran drama ini, dia akan membawa watak Cha Jin-woo iaitu seorang pelukis berusia 30 tahun yang merupakan OKU pendengaran. Dia kehilangan pendengaran kerana demam yang teruk semasa kecil. Lelaki itu paling menyukai kelas lukisan memandangkan ia adalah satu-satunya ketika dia tidak memerlukan penterjemah. Cha Jin-woo yang kemudiannya menjadi pelukis menggunakan kemahiran itu untuk melukis kehidupannya sendiri.

jung woosung

Respon agensinya,

Jung Woo-sung ada menerima tawaran untuk muncul dalam drama ‘Tell Me That You Love Me’ dan kami sedang menelitinya dengan positif.

Meskipun pernah menggantikan watak Bae Sung-woo dalam drama “Delayed Justice” pada tahun lalu namun tawaran ini menandakan comeback pertamanya selepas 10 tahun dalam arena K-Drama. Dalam pada itu, Jung Woo-sung aktif sebagai produser untuk drama “The Silent Sea” sebelum ini.

Sama-sama kita nantikan sama ada Jung Woo-sung akan membintangi drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...