Peminat kumpulan penyanyi lelaki SEVENTEEN pastinya amat teruja kerana mereka kini kembali dengan sesuatu yang sangat lain daripada lagu-lagu mereka sebelum ini. SEVENTEEN sudah melancarkan single Inggeris pertama mereka, “Darl+ing”.
SEVENTEEN kini kembali dengan satu muzik video bagi single terbaru berjudul “Darl+ing” yang baru sahaja dimuat naik di laman YouTube rasmi HYBE LABELS dan setakat ini ia sudah mencecah hampir 700 ribu penonton.
Lagu “Darl+ing” ini ditulis oleh Woozi dan ia merupakan lagu bergenre pop dengan bahagian korus yang menarik serta bunyi sintetik vokal yang unik. Lirik lagu ini merupakan gambaran perasaan kumpulan SEVENTEEN itu terhadap para peminat yang masih bersama mereka.
Rata-rata peminat sangat mengagumi persembahan mereka pada kali ini selain daripada membawa kelainan, mereka juga berjaya keluar dari zon selesa dengan membawa lagu versi Inggeris. Peminat juga memuji cara penyebutan mereka yang jelas dan tidak nampak kekok menyanyikan lagu dengan versi yang lain.
Lagu versi Inggeris ini semestinya lebih menarik dan segar. Jadi kepada para peminat, teruskan mendengar lagu-lagu dan teruskan menyokong SEVENTEEN okay!
Cuba kongsi pendapat anda tentang lagu baru ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.