Ikuti Kami:

SEVENTEEN Bakal Comeback Dengan Album Ke-4 ‘FACE THE SUN’

SEVENTEEN Bakal Comeback Dengan Album Ke-4 ‘FACE THE SUN’

Kumpulan penyanyi ini sebelum ini, pernah menghangatkan industri muzik K-pop dengan single mereka yang dibawa dalam versi Inggeris. Kali ini, khabarnya kumpulan SEVENTEEN ini bakal kembali dengan album terbaru!

Masih segar dan masih menerima reaksi yang baik daripada peminat, single versi Inggeris daripada kumpulan SEVENTEEN iaitu “Darl+ing” baru sahaja dilancarkan pada 15 April lalu. Terbaru, mereka bakal membuat comeback dengan album keempat iaitu “FACE THE SUN”.

Perkara itu telah disahkan apabila kumpulan SEVENTEEN memuat naik satu imej teaser melalui akaun rasmi Instagram mereka (@saythename_17) dimana album keempat itu bakal dilancarkan pada 27 Mei akan datang.

seventeen

Imej teaser tersebut mengandungi nama album serta tarikh dengan pelbagai butiran objek yang menjadikan ia sebagai satu jangkaan untuk konsep album kali ini. Butiran objek seperti tangga, tali, matahari, peta dan sebagainya telah berjaya menimbulkan teka-teki untuk konsep yang dibawa kali ini.

seventeen

Sejak pelancaran single “Darl+ing” pada 15 April lalu, pelancaran album kali ini dilihat sebagai suatu pendekatan oleh SEVENTEEN untuk lebih mengekspresikan perasaan dan cerita disebalik realiti mereka kepada peminat agar mereka dapat merasa lebih dekat dengan kumpulan tersebut.

Setakat ini, rata-rata peminat sangat berpuas hati dengan karya yang dihasilkan oleh SEVENTEEN dan mereka menunjukkan potensi yang amat besar selepas pelancaran single “Darl+ing”. Sejurus itu, peminat amat menantikan kemunculan album akan datang ini.

Korang dah dengar ke single versi Inggeris, “Darl+ing”? Menarik bukan? Tak sabarnya nak tunggu album akan datang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...