Utama Celebrity News Seungyoon WINNER Dilihat Keluar ‘Dating’ Dengan Pelakon YG, Agensi Beri Respon

Seungyoon WINNER Dilihat Keluar ‘Dating’ Dengan Pelakon YG, Agensi Beri Respon

kang seungyoon moon jihyo

Baru-baru ini, Kang Seung-yoon dari kumpulan WINNER disyaki sedang bercinta dengan seorang pelakon dari agensi yang sama.

Pada 17 Ogos, seorang pengguna di Twitter telah menyiarkan dua gambar yang didakwa sebagai Kang Seung-yoon dengan seorang wanita, yang sedang berjalan bersama sambil berpegangan tangan.

Selain itu, turut dipercayai bahawa wanita yang bersama dengan idola itu adalah pelakon baharu YG Entertainment iaitu Moon Ji-hyo, yang juga pernah muncul dalam muzik video Kang Seung-yoon “Born to Love You”.

moon jihyo kang seungyoon

Setelah pelbagai spekulasi dibuat oleh netizen, YG Entertainment tampil memberi respon mengenai khabar angin itu. Jelas agensi:

Sukar untuk mengesahkan hal peribadi artis kami.

Untuk pengetahuan, Moon Ji-hyo dilahirkan pada tahun 2000 dan berumur 22 tahun kini, iaitu 6 tahun lebih muda dari Kang Seung-yoon yang lahir pada tahun 1994.

Kalau betul bercinta pun apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBERSports Donga
Loading...