Seung-yoon WINNER kini kembali dengan single solo baharunya “Born to Love You”!
Pada 14 Mac sebelum pelancaran muzik video, Seung-yoon telah mengadakan siaran langsung di mana dia bercakap tentang lagu baharunya. Dia juga turut menyebut nama Ye-dam TREASURE, yang merupakan penulis lirik dan komposer bersama bagi lagu “Born to Love You”.
Menurut Seung-yoon, ianya seperti ‘takdir’ untuk mereka bekerja bersama sekali lagi. Bagi yang belum tahu, sebelum ini, Seung-yoon telah menulis lagu debut solo Ye-dam “WAYO”,
Dua tahun lalu, saya mengambil bahagian sebagai penulis lirik untuk lagu solo pertama Ye-dam TREASURE, ‘WAYO’.
Ia seolah-olah Ye-dam datang untuk membalas budi dengan menulis lagu buat Seung-yoon pula kali ini! Menurut Seung-yoon,
Untuk ‘Born to Love You’, Ye-dam turut menulis lagu dan liriknya.
Seung-yoon turut meluahkan rasa syukur kepada ahli TREASURE itu,
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya sekali lagi. Ye-dam, terima kasih!
Jom dengarkan “Born to Love You” nyanyian Kang Seung-yoon di atas!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.