Utama Celebrity News Seungri Bakal Keluar Penjara 11 Februari Ini

Seungri Bakal Keluar Penjara 11 Februari Ini

seungri bigbang

Adakah mengingati mengenai Seungri, bekas ahli BIG BANG?

Pada Mei lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan penjara selama 1 tahun 6 bulan buat selebriti itu dan kemudiannya dia dihantar ke penjara rakyat dari ketenteraan. Kini, Seungri dikhabarkan bakal dilepaskan daripada tahanan pada 11 Februari nanti.

Menurut tekaan ramai, lelaki tersebut berkemungkinan besar akan menjauhkan diri dahulu dari aktiviti seni dan hanya akan kembali selepas orang awam mula menerimanya.

seungri bigbang

Untuk pengetahuan, Seungri ditahan atas 9 kesalahan jenayah pada Januari 2020 atas pertuduhan menawarkan pelacuran haram, perjudian haram di peringkat antarabangsa, penyebaran kandungan seksual tanpa kebenaran, penyelewengan wang, peras ugut dan keganasan.

Dalam sabitan asalnya, dia didapati bersalah atas kesemua pertuduhan itu dan dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun. Pun begitu, Mahkamah Tinggi menurunkan hukuman itu kepada 1 tahun 6 bulan selepas menimbal balik rayuan dibuat pesalah.

Hmmm.. kejapnya rasa..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERNewsis
Loading...