Ikuti Kami:

Mahkamah Tolak Rayuan Pendekkan Tempoh, Seungri Dipenjara 18 Bulan

Mahkamah Tolak Rayuan Pendekkan Tempoh, Seungri Dipenjara 18 Bulan

Seung-ri bekas ahli BIGBANG telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan atas kesalahannya.

Pada perbicaraan pertamanya, Seung-ri mengakui kesemua sembilan pertuduhan yang dibuat terhadapnya dan telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Bagaimanapun, perbicaraan kedua mengurangkan hukuman kepada 18 bulan berikutan Seung-ri menunjukkan penyesalan atas perbuatannya.

Pihak Seung-ri merayu hukuman yang lebih rendah berkaitan pertuduhan berjudi yang lazim, manakala pihak pendakwaan merayu hukuman yang lebih panjang berhubung pelanggaran pertuduhan Akta Pertukaran Asing. Seung-ri didakwa atas sembilan pertuduhan tetapi kedua-dua pihak hanya membuat rayuan berhubung pertuduhan khusus ini.

seungri

Pada sidang mahkamah yang telah dilakukan pada awal hari ini, Mahkamah Agung Korea telah menolak kedua-dua rayuan Seung-ri dan pihak pendakwaan untuk hukuman yang dikenakan kepada Seung-ri, kerana jenayahnya dalam perantaraan pelacuran, perjudian di luar negara dan pelbagai pertuduhan lain. Oleh itu, Seung-ri tetap akan menjalani hukuman penjara 18 bulan.

Untuk pengetahuan, Seung-ri telah didakwa atas beberapa pertuduhan seperti perolehan dan pengantaraan pelacuran, menggelapkan dana bisnes dan pendapatan, merosakkan bukti, menyebarkan video yang dirakan secara haram, perjudian haram dan pelanggaran akta sanitasi makanan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...