Ikuti Kami:

Tempoh Penjara Dipendekkan Ke 18 Bulan, Seungri Akui Semua Kesalahan & Muhasabah Diri

Tempoh Penjara Dipendekkan Ke 18 Bulan, Seungri Akui Semua Kesalahan & Muhasabah Diri

Akhirnya sudah ada perkembangan terbaru mengenai kes perbicaraan Seung-ri (bekas anggota BIG BANG).

Menurut laporan media, tempoh penjara buat lelaki itu telah dipendekkan kepada 18 bulan berbanding 3 tahun yang diputuskan sebelum ini.

Ianya disahkan menerusi perbicaraan rayuan yang berlangsung di Mahkamah Ketenteraan Tinggi di Menteri Pertahanan. Menerusi perbicaraan itu juga, Seung-ri dikatakan telah mengakui kesemua kesalahannya selain meluahkan niat untuk bermuhasabah diri atas perbuatannya itu.

seungri

Latihan ketenteraan Seung-ri telah ditangguhkan kini setelah dia ditangkap pada Januari 2020 dan pada 12 Ogos 2021, dia disabitkan hukuman tiga tahun penjara serta saman sebanyak 1.16 bilion won. Dia telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan pelcuran, perundingan pelacuran, menggelapkan wang, melanggar undang-undang keselamatan makanan, berjudi dan melanggar undang-undang pertukaran luar negara.

Semoga jadi pedoman.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...