Ikuti Kami:

“Setiap Kali Kita Jumpa, Saya Gembira”- Ibu Pelakon Cilik Choi Yuri Kongsi Sifat Sebenar Kim Woobin

“Setiap Kali Kita Jumpa, Saya Gembira”- Ibu Pelakon Cilik Choi Yuri Kongsi Sifat Sebenar Kim Woobin

Kim Woo-bin sememangnya sangat terkenal dengan peribadinya yang cukup baik dan menghormati ramai orang. Justeru itu, dia sangat disenangi ramai ke mana sahaja dia pergi.

Baru-baru ini tular satu rakaman video pendek ataupun GIF yang mana menunjukkan Kim Woo-bin memberikan tunduk hormat kepada seorang penjaga parkir sebagai tanda terima kasih kepada penjaga tersebut. Dek kerana video tersebut, Kim Woo-bin makin menjadi sebutan kerana menghormati orang lain tanpa mengira latar belakang.

Menjurus kepada perkara itu, seorang wanita turut tampil berkongsi pandangannya mengenai personaliti Kim Woo-bin. Wanita itu merupakan ibu kepada pelakon kanak-kanak dalam filem “Alien”, Choi Yu-ri.kim woobinMenerusi satu muat naik di akaun Instagram Choi Yu-ri yang dikendalikan oleh ibunya, terlihat satu gambar hadiah pemberian Kim Woo-bin. Ibunya menulis di kapsyen tersebut,

Pakcik Woo-bin membelikan Yu-ri hadiah besar. Dia bertanya kepada Yu-ri apa yang dia mahukan untuk hadiah tamat sekolah, dan dia menjawab bekas pensil… tetapi dia juga membelikannya iPhone berserta bekas pensil. Terima kasih, Yu-ri akan menggunakannya dengan baik. Terima kasih!

Ibu Choi Yu-ri juga sempat berkongsi bahawa sewaktu penggambaran, disebabkan cuaca yang amat sejuk, Kim Woo-bin membawa Choi Yu-ri membeli jaket tebal untuk memberikannya keselesaan.

Setiap kali kita bertemu saya bersyukur kerana awak selalu membawa hadiah untuk Yu-ri, dan awak sekali lagi membelikannya hadiah besar. Terima kasih…(Dia pernah memberitahu Yu-ri bahawa dia harus kekal selesa, dan dia sendiri membawanya untuk membelikannya jaket tebal!)

kim woobinIni baru betul dinamakan idola! Sesuai dengan personaliti, bakat dan sifat yang sememangnya menggembirakan dan menyenangkan ramai pihak. Bertuah Shin Min-ah…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...