Ikuti Kami:

Ryu Junyeol Luah Penghargaan Buat Kang Dongwon, Kim Woobin & So Jisub

Ryu Junyeol Luah Penghargaan Buat Kang Dongwon, Kim Woobin & So Jisub

Ryu Jun-yeol baru-baru ini meluahkan rasa senang berkerjasama dengan barisan pelakon filem “Alien” kerana banyak membantunya dan turut menzahirkan penghargaannya kepada mereka.

Satu sidang media untuk filem aksi fantasi “Alien” diadakan di Seoul baru-baru ini. Barisan pelakon yang hadir adalah Kim Tae-ri, Kim Woo-bin, Ryu Jun-yeol dan ramai lagi. ryu junyeolFilem “Alien” menggambarkan kisah yang berlaku apabila pintu masa terbuka antara penganut Tao yang ingin memiliki pedang baharu pada zaman Dinasti Goryeo dan mereka yang mengejar tahanan asing yang terperangkap dalam tubuh manusia pada 2022. Dalam filem tersebut, Ryu Jun-yeol memegang watak sebagai Mu-reuk, seorang ahli pedang.

Sewaktu sesi temu ramah, Ryu Jun-yeol menzahirkan rasa penghargaan buat pelakon Kang Dong-won.

Saya kenal senior Kang Dong-won secara peribadi. Dia memberitahu saya banyak tentang pengarah Choi Dong-hoon. Kami tidak banyak bercakap tentang filem sebelum ini, “Jeon Woo Chi: The Taoist Wizard”,  tetapi Kang Dong-won memberi saya banyak nasihat berguna.

Malah, Ryu Jun-yeol turut berkongsi pandangan mengenai pelakon Kim Woo-bin.

Saya fikir Kim Woo-bin mempunyai imej yang dingin, tetapi sebenarnya dia mesra. Dia melakukan dengan baik dalam peranannya, hingga membuatkan saya fikir saya tidak akan dapat melakonkan wataknya.

so jisubTidak terlepas juga, pelakon So Ji-sub yang turut menerima pujian daripada Ryu Jun-yeol.

Saya merasakan nilai sebenar seorang pelakon apabila melihat So Ji-sub melalui monitor. Saya menerima tenaga positif daripadanya.

Baguslah Ryu Jun-yeol menghargai pertolongan daripada pelakon-pelakon senior. Sekurang-kurangnya, dia tidak lupa diri kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...