Ikuti Kami:

Setia Selama 17 Tahun, Yoona SNSD Perbaharui Kontrak Bersama SM Buat Kali Ketiga

Setia Selama 17 Tahun, Yoona SNSD Perbaharui Kontrak Bersama SM Buat Kali Ketiga

Yoon-a GIRLS’ GENERATION telah memperbaharui kontraknya bersama SM Entertainment.

Pada 4 Januari, SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yoon-a telah memperbaharui kontraknya bersama dengan syarikat tersebut buat kali ketiga.

Ianya sekali gus telah membuktikan kesetiaan Yoon-a dengan SM Entertainment selama 17 tahun sejak dari penampilan sulungnya bersama dengan kumpulan GIRLS’ GENERATION di syarikat itu pada 2007.

Wakil daripada SM berkata,

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memperbaharui kontrak berdasarkan kepercayaan di antara satu sama lain. Disebabkan ini, kami akan cuba yang terbaik untuk memberikan sokongan penuh agar Yoon-a dapat menjadi artis yang lebih berpengaruh di seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, walaupun aktiviti GIRLS’ GENERATION secara berkumpulan telah berkurangan, Yoon-a kekal aktif dengan promosi solonya sebagai pelakon.

yoona

Malah, ahli GIRLS’ GENERATION ini juga telah muncul membintangi pelbagai K-Drama dan filem yang berprofil tinggi seperti “King The Land” dan “Confidential Assingment 2: International”.

Tidak berhenti di situ, Yoon-a juga bakal mengadakan jelajah pertemuan peminatnya “YOONA FAN MEETING TOUR: YOONITE” bermula 6 Januari 2024 ini.

Tak sabar nak tunggu projek Yoon-a yang akan datang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...