Ikuti Kami:

“Saya Menangis..” – Sooyoung Kongsi Kisah Sedih Sambut Ulang Tahun Debut GIRLS’ GENERATION Ke-16

“Saya Menangis..” – Sooyoung Kongsi Kisah Sedih Sambut Ulang Tahun Debut GIRLS’ GENERATION Ke-16

Kenapa sedih-sedih ni Soo-young?

Di dalam episod “Problem Child in House” yang akan datang , Soo-young GIRLS’ GENERATION telah membuat kemunculan sebagai tetamu. Di mana, penyanyi serta pelakon ini telah berkongsi pelbagai perkara termasuk sambutan ulang tahun ke-16 kumpulan tersebut serta harapannya untuk menyambut ulang tahun ke-20 mereka.

Katanya,

Saya teringin sangat nak buat konsert ulang tahun ke-20 kami di masa yang akan datang.

Tambah Soo-young lagi,

Tahun ni kan kami sambut ulang tahun ke-16, tapi disebabkan jadual kami yang padat,  kami tak dapat sambut hari tersebut bersama-sama.

snsd concert

Adunya,

Jadi, masa hari itu saya duduk berseorangan di rumah dan nyalakan lilin atas kek sambil tonton semula kesemua video persembahan kami. Kemudian, masa saya sedang tonton video-video tersebut, segala kenangan kami ketika bersama singgah di fikiran saya dan ianya buat saya menangis.

 

Tidak berhenti di situ, Soo-young turut berkongsi kisah yang tidak pernah dikongsi oleh ahli GIRLS’ GENERATION, daripada kisah disebalik debut mereka sehingga cerita yang pernah menjadi sensasi ketika mereka aktif di Jepun.

Kalau SNSD nak buat konsert untuk sambut ulang tahun ke-20 tahun, buat dekat Malaysia sekali boleh?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...