Akhirnya, (G)I-DLE akan kembali!
Pada 17 Februari, Cube Entertainment telah mengesahkan bahawa (G)I-DLE akan kembali dengan muzik baharu pada Mac ini,
(G)I-DLE sedang bersedia untuk kemunculan semula pada bulan Mac.
Selain itu, ini juga menandakan keluaran muzik rasmi pertama (G)I-DLE sebagai kumpulan 5 ahli, selepas bekas ahli Soo-jin mengumumkan pemergiannya daripada pasukan itu pada Ogos tahun lalu dek terpalit isu kontroversi buli.
Memandangkan ia adalah album baharu yang dikeluarkan oleh (G)I-DLE selepas kira-kira setahun dua bulan, jangkaan peminat adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Nantikan maklumat lanjut!