Lama menyepikan diri, akhirnya Soo-jin daripada (G)I-DLE disahkan bakal meninggalkan kumpulan itu.
Menurut kenyataan CUBE Entertainment,
Ini ialah CUBE Entertainment.
Pertama sekali, kami memohon maaf kerana membuatkan ramai risau mengenai kontroversi yang melibatkan Soo-jin.
Hari ini, kami akan mengumumkan keputusan yang Soo-jin akan meninggalkan kumpulan tersebut.
(G)I-DLE akan aktif sebagai lima ahli kini. Kami akan memberikan melakukan yang terbaik dan menyediakan sokongan supaya (G)I-DLE dapat berkembang daripada segi muzik dan persembahan.
Sekadar pengetahuan, Soo-jin telah pun berehat sejak Mac apabila terdapat beberapa hantaran di atas talian yang mengatakan bahawa idola itu pernah membuli mereka ketika di sekolah. Walaupun Soo-jin menafikan perkara tersebut pada awalnya, pelakon Seo Shin-ae turut tampil dan mendedahkan bahawa dia juga pernah menjadi mangsa idola berkenaan semasa mereka menjadi rakan sekelas.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.