Ikuti Kami:

Setelah Sekian Lama, Peminat Seronok Lihat EXO Kembali Bersatu Sebagai Satu Kumpulan

Setelah Sekian Lama, Peminat Seronok Lihat EXO Kembali Bersatu Sebagai Satu Kumpulan

Setelah sekian lama, EXO akhirnya kembali bersatu menemui peminat!

Sebelum ini, EXO telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara perjumpaan peminat di Korea ‘2023 EXO FANMEETING – EXO’ CLOCK’ pada 8 dan 9 April ini.

Terbaru, kumpulan 9 ahli itu berkongsi bahawa mereka akan turut mengadakan acara pertemuan peminat di Jepun pada 15 dan 16 April serta meninggalkan mesej video khas buat peminat.

https://twitter.com/adorableosh412/status/1628661414641700869?s=20

Dalam video yang dikongsi, EXO mendedahkan bahawa tema acara pertemuan itu akan menjadi yang terbaik dan mereka akan menyediakan banyak acara seperti masa untuk berborak dan bermain kuiz serta permainan dengan peminat.

Selepas melihat video tersebut, EXO-L teruja kerana mereka akhirnya dapat melihat kumpulan itu secara keseluruhan lagi setelah sekian lama. Antara komen yang ditulis,

Saya tertanya-tanya jika mereka akan comeback semula sebagai kumpulan dan keluarkan album..

 

Mereka sangat kacak. Saya suka lihat mereka semua berpakaian denim.

 

Saya sangat rindukan mereka!

EXO is back!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...