Siap sedia semua untuk kemunculan semula EXO pada tahun ini!

Pada 1 Januari, ketua kumpulan EXO iaitu Suho telah menyapa peminat dengan ucapan tahun baru di laman Instagramnya, dengan menulis,
Selamat tahun baru.
Menggembirakan peminat, Suho turut berkata,
EXO akan membuat kemunculan semula pada tahun 2023.
View this post on Instagram
Seronok dengan berita yang diumumkan Suho itu, peminat tidak dapat menyembunyikan rasa gembira mereka dengan meninggalkan komen seperti,
Sudah lama saya menunggu berita ini.
2023 akan menjadi tahun EXO!
Saya amat menantikannya.
Dalam pada itu, jadual kemunculan semula EXO belum lagi diumumkan secara rasmi oleh agensi setakat ini.
Sama-sama kita tunggu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.