Ikuti Kami:

“Setelah Lama Berfikir..” – Kim Saeron Ulas Sebab Muat Naik Foto Intim Bersama Kim Soohyun

“Setelah Lama Berfikir..” – Kim Saeron Ulas Sebab Muat Naik Foto Intim Bersama Kim Soohyun

Pastinya ramai yang masih tertanya-tanya mengenai hal sebenar disebalik kejadian foto mesra bersama Kim Soo-hyun yang dimuat naik oleh Kim Sae-ron kan?

Terbarum pelakon wanita itu membuat panggilan kedua pada media Korea untuk menyampaikan penjelasan bagi pihaknya,

Saya telah membuat banyak pertimbangan tetapi saya berasa akan lebih membantu sekiranya saya tak berkata apa-apa. Ini bukan kenyataan rasmi, tapi saya kekal untuk memberikan sebarang komen.

Sebelum ini, Kim Sae-ron (23) menimbulkan kritikan ramai apabila dapat dilihat dia berkelakuan mesra dengan Kim Soo-hyun (36) dengan melagakan pipi masing-masing menandakan hubungan yang rapat. Pun begitu, gambar tersebut dipadam tak sampai seminit selepas ia dimuat naik lantas ramai menebak Kim Sae-ron tanpa sengaja memaparkan gambar itu atau mungkin juga sengaja bagi mendapatkan perhatian ramai.

kim soohyun kim saeron

Walau bagaimanapun, agensi Kim Soo-hyun mendedahkan bahawa mereka juga tidak pasti mengenai tujuan sebenar Kim Sae-ron selain bertegas bahawa Kim Soo-hyun tidak mempunyai apa-apa hubungan dengannya.

Malah Kim Sae-ron yang pada awalnya mengatakan akan memberikan kenyataan penuh mengenai kejadian itu, sepertinya memilih untuk berdiam diri kini.

Entahlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...